Sunday, 28 February 2016

Embriologi Proses Kejadian Manusia 48minggu



           


Assalamualaikum......

Blog ini diterbitkan sebagai penyisian rohani bersama. Blog ini membincangkan proses kejadian  manusia khususnya dalam perspektif Islam. Moga kita bermuhasabah diri dan berkongsi ilmu bersama. Blog ini merupakan blog kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli iaitu:

NAMA AHLI KUMPULAN
  1. MUHAMAD RIZQIN IZRAL B. MOHD AMIR                (14DET15F1020)
  2. MUHAMMAD AMIR SYAKIR B. MOHD HAIRI            (14DET15F1050)
  3. MUHAMMAD NABIL B. AZHAR                                     (14DET15F1014)
  4. MUHAMMAD SYAFIQ B. SAID                                       (14DET15F1074)



1.0 PENDAHULUAN EMBRIOLOGI

A. Definisi Embriologi
Embriologi atau ilmu embrio merupakan bidang ilmu yang mempelajari bagaimana sel tunggal membelah dan berubah selama perkembangan untuk membentuk organisme multiseluler. Proses ini dinamakan embriogenesis. Juga disebut anatomi perkembangan (developmental anatomy), embriologi adalah spesialisasi medis yang berkaitan dengan studi tentang pertumbuhan dan perkembangan embrio dan janin selama kehamilan – dari pembuahan sel telur sampai kelahiran.

B. Perkembangan Embrio

 Pengertian Embrio
Embrio merupakan eukariot diploid multisel dalam tahap pertama dalam perkembangan, dari waktu pembelahan sel pertama sampai kelahiran , penetasan, atau Perkecambahan. Bagi manusia, disebut embrio sehingga sekitar delapan minggu setelah pembuahan, dan mulai saat itu disebut janin.
Perkembangan embrio disebut embriogenesis. Untuk organisme yang bereproduksi secara seksual, ketika sperma bersenyawa dengan sel telur, hasilnya adalah sel yang disebut zigot, yang mewarisi separuh DNA dari setiap induknya. Untuk tumbuhan, hewan dan beberapa protis, zigot itu akan terpecah secara mitosis untuk menghasilkan satu organisme multisel. Hasil proses inilah disebut embriologi.


2.0 PERINGKAT SATU

     NUTFAH(PERCANTUMAN SEL SPERMA DAN OVUM) : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

         Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
             

Dari segi fakta sains pula percantuman benih hanya boleh berlaku bila dua benih lelaki - airmani (spermatozoa) dan wanita ( ovum ) yang matang dan elok bergabung dan bersatu dengan sempurna. Percatuman ini dinamakan 'cenception'

Sperma / Air Mani Lelaki

Pengeluaran sperma atau airmani ditentukan oleh 2 biji batu pelir atau testis. Jika btau pelir tersebut berukuran baik dan sempurna, maka satu pancutan dari air mani ini kebiasaan berjumlah 100 juta benih. Malah ada lelaki yang memancut lebih dari 150 juta benih. Paling minima ialah 60 juta. Kalau kurang dari 40 juta, kemungkinan besar akan menjadi masalah kesuburan pada lelaki.

Ovum / Telur Wanita


    Nucleus sel telur atau ovum mengandungi 23 kromosom. Nucleus dan persekitaran cytoplasm sel telur dikelilingi oleh lapisan sel yang tebal iaitu zon pellucida.
Sewaktu permulaan haid, hormon pengalak - Follicle Stimulating Hormone (FSH) rembesan dari kelenjar pituari telah mengerakkan follicle ovari untuk membesar.
Pada kira-kira hari ke 12 putaran haid, kelenjar pituari mengandakan pengeluaran hormon Luteining atau Luteining Hormone (LH) Dengan itu bilamana hormon FSH dan LH telah keluar dengan normal dan seimbang, maka salah satu dari saluran follicles pecah dan membiarkan telur atau ovum masuk ke rahim melalui fallopian tube.
Follicle dimana telur tersebut dibebaskan akan ditukarkan menjadi 'corpus luteum' yang merembeskan hormon ' progestrone' yang amat penting untuk perbentukan telur yang berjaya. Jika telur tersebut tidak disenyawakan didalam masa 1 hingga 2 hari dalam tempuh penetasan atau 'ovulation' . Telur tersebut akan mati dan luput, ini akan dususli denga kedatangan haid atau menses.



2.1 PERINGKAT KEDUA

ALAQAH(BLASTOSIT MENEMPEL PADA UTERUS/SEGUMPAL DARAH) : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
                                                                 al-Mukminun : 14
         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di alam rahim.



Di sini, pada bagian ini, satu keajaiban penting dari Al Qur'an terungkap. Saat merujuk pada zigot yang sedang tumbuh dalam rahim ibu, Allah menggunakan kata "'alaq" dalam Al Qur'an:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ # خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ # اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

Artinya : "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari 'alaq (segumpal darah). Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah." 
(QS Al-'Alaq : 1-3)

Erti kata "'alaq" dalam bahasa Arab adalah "sesuatu yang menempel pada suatu tempat". Kata ini secara harfiah digunakan untuk menggambarkan lintah yang menempel pada tubuh untuk menghisap darah.

Tentunya bukanlah suatu kebetulan bahwa sebuah kata yang demikian tepat digunakan untuk zigot yang sedang tumbuh dalam rahim ibu. Hal ini sekali lagi membuktikan bahwa Al Qur'an merupakan wahyu dari Allah, Tuhan Semesta Alam.




Dari segi fakta sains pula, kita akan menjumpai keajaiban ilmiah yang sungguh penting.



Ketika sperma dari laki-laki bergabung dengan sel telur wanita, intisari bayi yang akan lahir terbentuk. Sel tunggal yang dikenal sebagai "zigot" dalam ilmu biologi ini akan segera berkembang biak dengan membelah diri hingga akhirnya menjadi "segumpal daging". Tentu saja hal ini hanya dapat dilihat oleh manusia dengan bantuan mikroskop.

Namun, zigot tersebut tidak melewatkan tahap pertumbuhannya begitu saja. Ia melekat pada dinding rahim seperti akar yang kokoh menancap di bumi dengan carangnya. Melalui hubungan semacam ini, zigot mampu mendapatkan zat-zat penting dari tubuh sang ibu bagi pertumbuhannya. (Moore, Keith L., E. Marshall Johnson, T. V. N. Persaud, Gerald C. Goeringer, Abdul-Majeed A. Zindani, and Mustafa A. Ahmed, 1992, Human Development as Described in the Qur'an and Sunnah, Makkah, Commission on Scientific Signs of the Qur'an and Sunnah, s. 36)



2.2  PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH(SEKETUL DAGING) : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14


           
Mudghah secara etimologi bermaksud ‘seketul daging yang telah dikunyah’.  Al-Quran menggambarkan tahap ini seumpama seketul daging atau makanan yang telah dikunyah dan tanda-tanda kesan gigit dapat dikesan dengan jelas di atas mudghah.  Mudghah ini amat bertepatan dengan tahap somit seperti yang diterangkan oleh sains embriologi.  Perkataan (mudghah) diulang dalam al-Quran sebanyak 3 kali.  Firman Allah S.W.T.dalam surah al-Hajj 22:5 yang bermaksud:
Kami telah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis air benih, kemudian daripada sebuku darah beku, kemudian daripada seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya.

      Dari segi sains pula, peringkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.


2.3 PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM(PEMBENTUKAN TULANG) : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14

Dari segi sains pula, pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.




2.4 PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR(PEMBENTUKAN JANIN/FETUS) : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.




Informasi mengenai perkembangan yang terjadi dalam rahim ibu, baru didapatkan setelah serangkaian pengamatan dengan menggunakan peralatan modern. Namun sebagaimana sejumlah fakta ilmiah lainnya, informasi-informasi ini disampaikan dalam ayat-ayat Al Qur'an dengan cara yang ajaib. Fakta bahwa informasi yang sedemikian rinci dan akurat diberikan dalam Al Qur'an pada saat orang memiliki sedikit sekali informasi di bidang kedokteran, merupakan bukti nyata bahwa Al Qur'an bukanlah ucapan manusia tetapi Firman Allah.

DARI SEGI SAINS :-


- Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.

- Tahap Embrionik 
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai "embrio". Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.

- Tahap fetus
Dimulai dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus". Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kedelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.


2.5 PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH(DITIUPKAN ROH) : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t




                                                             3.0 KESIMPULAN                                                                           



    Mensyukuri Nikmat
    Kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini seharusnya sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberi. Terutama pemberian pancaindera yang biberikan oleh Allah. Dijadikan pula lima buah pancaindera :


    1. Mata alat penglihatan
    2. Hidung alat penciuman
    3. Telinga alat pendengaran
    4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
    5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.


    Bagaimanakah cara kita menunjukkan cara kita menghargai nikmat yang diberi oleh Allah? Ini adalah dengan rasa bersyukur di atas segala yang diberi. Imam Ibnu Rajab berkata, “Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”.



    1. Syukur dengan hati adalah mengakui nikmat tersebut dari Allah, berasal dari-Nya dan atas keutamaannya. Apabila hatinya bersyukur maka akan lahirkan bentuk syukur yang kedua dan yang ketiga iaitu syukur dengan lisan dan perbuatan.


    2. Syukur dengan lisan iaitu selalu memuji Yang Memberi nikmat (Allah), menyebut nikmat itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan nikmat tersebut; Allah s.w.t. berfirman,


    وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

    Maksudnya “ dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-yebutNya (dengan bersyukur)”. (al-Dhuha:11)


    3. Syukur dengan anggota badan iaitu tidak menggunakan nikmat tersebut, kecuali dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t., berwaspada dari menggunakan nikmat untuk kemaksiatan kepada-Nya. Ulamak dalam menghuraikan ayat;


    اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْراً وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِي الشَّكُورُ

    Kami katakan, wahai keluarga Daud bersukurlah kepada Allah swt atas nikmat yang diberikan kepada kamu iaitu dengan mentaati dan melaksanakan segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangannya, kerana sedikit dari kalangan hambanya yang banyak bersyukur kepada Allah swt dan Nabi Daud a.s dan keluarganya adalah tergolong dalam golongan yang sedikit itu.



    4.0 RUJUKAN

    Antara bahan rujukan yang kami gunakan ialah :-
    • Buku rujukan biologi SPM (Penerbit : Peter Ling & Penulis : Tan Kim Law)
    • Laman web seperti :-
    • Youtube :https://www.youtube.com/watch?v=NLH86qTZjbI
    • Google :https://www.google.com/search?q=embriologi+48+minggu&hl=en&biw=1242&bih=606&site=imghp&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiq4YeD463LAhWNH44KHfpkDVoQ_AUIBygB         





    5.0 LAMPIRAN















    -TAMAT-